Asal-usul haid dalam agama
Haid satu istilah yang menimbulkan pelbagai persoalan dan perbicaraan. Haid berlaku hampir ekslusif oleh spesis homosapiens khususnya manusia. Sebilangan kecil haiwan lain mengalami haid iaitu monyet-monyet besar dan juga ikan paus. Kenapa Allah menghendaki kaum Hawa mengalami haid? Bilakah wanita mengalami gejala haid? Untuk mendapat jawapan untuk persoalan ini kita perlu melihat sejarah agama-agama Allah khususnya Islam dan Kristian. Menurut riwayat yang diberi terdapat fakta-fakta yang boleh digarap tentang asal-usul haid. Namun kita perlu berhati-hati tentang yang mana satu fakta serta yang mana satu hanya rekaan manusia. Riwayat Kristian memberi gambaran tentang haid dan begitu juga riwayat Islam. Mari kita lihat persamaan serta perbezaan mereka. Pada permulaannya Allah menciptakan Hawa di syurga Hawa masih suci, bersih dan tidak mengalami fenomena haid. Syurga merupakan tempat
yang indah dan bersih dari kekotoran. Namun keadaan berubah apabila dua orang yang pertama dicipta Allah s.w.t. Adam a.s. dan Hawa dilarang oleh Allah untuk memakan buah khuldi atau 'the forbidden fruit'.
Pandangan Kristian
Menurut kitab injil Genesis versi King James dalam the Fall of Man, sewaktu berada di syurga (yang dikenali sebagai garden of eden) Adam dan Hawa bebas berkeliaran dan menikmati keseronokan di syurga. Namun tuhan telah mengenakan satu sahaja larangan iaitu melarang mereka dari memakan buah dari pohon ilmu pengetahuan atau 'tree of knowledge'. Menurut orang Kristian terdapat seekor ular yang besar yang dipanggil 'the serpeant' duduk di situ dan ia
merupakan jelmaan syaitan di syurga. Setiap hari ia menghasut Hawa untuk memakan buah itu. Hawa yang terpengaruh memakan buah itu dan seterusnya memujuk dan menghasut nabi Adam a.s. untuk memakan buah dari pohon tersebut. Hasilnya mereka berdua memakan buah larangan itu dan lantas menjadi arif tentang keadaan telanjang mereka dan timbul rasa malu dengan keadaan mereka itu. Mereka mengambil daun untuk menutup malu mereka. Apabila Tuhan mendapat tahu Adam dan Hawa telah melanggar perintah , tuhan lantas terus murka dan mengenakan sumpahan.
Hawa disumpah dengan haid
Dikatakan haid berlaku ketika itu kerana tuhan telah menyumpah Hawa dengan haid, kehamilan dan beban menanggung anak lantaran dosa kerana menghasut nabi Adam untuk memakan buah dari pohon ilmu pengetahuan. Setelah itu mereka dibuang ke muka bumi. Maka lahirlah konsep 'Original Sin' di mana setiap bayi dilahirkan berdosa. Mereka menanggung dosa moyang mereka ini yang dilakukan sewaktu di syurga. Kaum Hawa dianggap sebagai punca segala kejahatan atau 'The root of all evil' kerana menghasut nabi Adam a.s.
Pandangan Islam
Al-Quran diturunkan untuk membetulkan penyelewengan yang dilakukan oleh paderi-paderi kristian Rom dalam sejarah nabi-nabi. Haid seolah-olah dibayangkan sebagai sesuatu yang malang dan hina. Wanita digambarkan sebagai teman syaitan. Namun menurut riwayat dalam Islam ceritanya ada yang berunsur hampir sama tetapi terdapat beberapa perbezaan asas mengenai konsep original sin serta siapa yang menghasut mereka berdua serta juga ia menyangkal dakwaan bahawa haid merupakan sumpahan Allah kepada kaum Hawa. Menurut riwayatnya di dalam Al-Quran nabi Adam a.s. serta Hawa hidup di syurga dahulu. Mereka berpakaian elok dan cantik. Allah membenarkan nabi Adam a.s. dan Hawa bebas berkeliaran tetapi hanya melarang mereka memakan buah khuldi di pohon larangan sahaja dan memperingati mereka bahawa iblis merupakan musuh mereka yang nyata dan supaya mereka jangan mendengar hasutan mereka. Sebelum itu iblis yang dengki dengan kedudukan tinggi yang diberikan nabi Adam a.s., setiap hari menghasut mereka untuk memakan dari pohon larangan itu. Kononnya jika mereka memakan buah itu mereka akan menjadi malaikat dan juga boleh kekal di dalam syurga. Nabi Adam a.s. dan Hawa berdua masing-masing akhirnya terpengaruh dan apabila mereka memakan buah khuldi itu terus mereka berkeadaan bertelanjangan sehingga mereka lari bertempiaran mengutip dedaunan dari pohon-pohon di syurga lantaran merasa malu yang teramat sangat. Apabila Allah mengetahui tentang ini Allah murka kerana nabi Adam dan Hawa melanggar perintahnya dan berjumpa dengan mereka. Mereka berdua sangat sedih dan segera memohon maaf dan bertaubat pada Allah. Dari peristiwa itu Allah s.w.t
telah melantik nabi Adam a.s. sebagai khalifah ke muka dan menyuruh nabi Adam a.s. dan Hawa duduk di bumi sehinggalah ke satu masa yang ditetapkan mereka akan dibicarakan menurut amalan yang mereka lakukan.
Menurut riwayat seterusnya oleh para al-anbiya dikatakan Allah mengenakan haid kepada Hawa. Hawa tidak dihukum dengan haid dan dibebankan melahirkan anak kerana dosanya memakan buah itu seperti diselewengkan paderi kristian.
Di sebaliknya Hawa diberi haid untuk menerima tanggungjawab besar sesuai dengan peranannya sebagai seorang ibu kepada anak-anaknya di bumi kelak. Allah sudah mengkhususkan tanggungjawab ibu kepada kaum Hawa maka pendarahan haid yang berlaku selepas memakan pohon larangan merupakan satu persediaan proses fisiologi biologi wanita sebagai ibu di bumi kelak. Lebih tepat lagi haid bersifat memberi Kifaraah iaitu meluruhkan dosa-dosa kaum Hawa jika dia pernah melakukan dosa di masa-masa yang lalu. Islam senantiasa mengasihi umatnya dan setiap keuzuran atau kesakitan yang ditimpakan kepada umatnya yang diterima dengan hati yang redha akan menyebabkan dosa mereka yang lampau luruh dan digantikan dengan pahala. Haid bukan satu sumpahan tetapi merupakan rahmat Allah untuk kaum Hawa. Yang jelas di dalam Al-Quran gejala haid disebut sekali sahaja iaitu berhubungan dengan hukum fiqah yang berkaitan dengannya dan tiada sebutan tentang sumpahan Allah s.w.t. Penjelasan ini sesuai diterima oleh akal serta fitrah kepada logik dan kejadian sains. Haid disebut di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Baqarah ayat 222
"Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (hukum) haid. Katakanlah ia menjijikkan dan mendatangkan mudarat. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, Dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datanglah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri." Islam membetulkan penyelewengan terhadap kaum wanita. Hawa tidak menghasut nabi Adam a.s. di syurga dan haid tidak disebut di dalam Al-Quran sebagai sumpah untuk kaum wanita. Di sebaliknya syaitanlah yang menghasut mereka berdua untuk melakukan dosa. Nabi Adam berdosa kerana dia sendiri tertipu oleh hasutan iblis
Lalu ia menjatuhkan keduanya dengan segala tipu-daya. Setelah keduanya merasai (buah) pohon itu maka:terbukalah bagi keduanya kemaluannya, sehingga keduanya menutupi dengan daun pohon syurga. Kemudian Tuhan menyeru keduanya: Apa tiadakah Kularang kamu menghampiri pohon itu dan Kukatakan kepadamu bahwa syetan itu musuh yang nyata bagimu?"
Jika dilihat dosa original sin tidak wujud di dalam agama Islam. Setiap bayi dilahirkan fitrah dan bersih dari dosa-dosa. Anak-anak yang lahir tidak mewarisi dosa nenek moyang mereka. Hujah ini sukar diterima lojik iaitu seorang insan menanggung dosa orang lain. Malahan Al-Quran memusnahkan konsep ini kerana dalam kisah Adam dan Hawa mereka masing-masing bertanggungjawab menanggung dosa mereka sendiri lantaran melanggar perintah Allah memakan buah larangan di syurga lantaran dihasut Syaitan. Hikmah kejadian ini ialah ia membawa kepada manusia diturunkan ke muka bumi untuk diuji keimanan mereka samada mereka layak duduk di syurga selepas hari Kiamat kelak. Haid merupakan satu keadaan fitrah wanita sesuai dengan peranannya sebagai kaum ibu sahaja. Allah memkhususkan tugas keibuan terletak di bahu kaum Hawa dan ini tidak pernah dapat lari dari realiti kehidupan kita setiap hari walau macam mana moden manusia berubah mengikut masa. Hikmah kejadian haid menurut kajian sains Menurut Harvard Gazette Hamid Arshat Pakar Sakit Puan haid adalah satu cara wanita boleh hidup lebih lama terutama berbanding dengan orang lelaki. Manusia adalah spesis yang memerlukan pergantungan yang lama pada ibunya berbanding makhluk-makhluk lain. Ini kerana kehamilan menyebabkan pelbagai kesulitan kesihatan yang boleh meragut nyawa siibu. Apabila wanita putus haid, fungsi untuk beranak pupus dan mematikan kemungkinan wanita itu meninggal di usia yang awal lantaran kerana beranak terlalu ramai. Apabila wanita mengalami putus haid, mereka secara tidak langsung dapat hidup lebih lama lantas mampu menjaga anak-anak mereka lebih lama berbanding mamalia lain.
Mengapakah haid dikenali sebagai ‘darah kotor’?
Haid sebenarnya bukan penyakit. Ia adalah satu proses normal yang menunjukkan wanita itu mempunyai kesihatan yang baik dan yang lebih penting lagi ia subur serta boleh hamil. Memang kita menganggap haid sebagai ‘darah kotor’.
Apabila darah haid ini mengalir keluar dari rahim ia membawa bersama sel dan tisu dari selaput “endometrium”. Ketika ia melalui saluran faraj ia membawa bersama kuman yang terdapat dalam saluran faraj. Darah kotor adalah campuran darah, tisu endometrium yang telah berkecai dan kuman-kuman. Bagi wanita yang tidak datang haid, mungkinkah ia akan bertimbun dalam rahim dan menyebabkan keracunan?
Perkara ini tidak benar kerana keluaran haid dikawal oleh system hormon yang rumit. Jika ia tidak keluar ia mungkin disebabkan oleh perimbangan hormon yang mungkin terganggu akibat dari proses kehamilan, penyusuan bayi, pengambilan pil hormon, tekanan mental dan emosi atau penyakit pada kilang pituitary, rahim atau ovary. Tetapi keadaan tersebut tidak menyebabkan timbunan darah kotor dalam badan. Darah hanya menjadi kotor apabila ia keluar sebagai darah haid. Apabila suatu penyakit atau keadaan luar biasa berlaku, aliran darah seolah-olah memintasi kawasan endometrium. Oleh itu tiada darah kotor dibentuk. Berapa lamakah haid seseorang wanita itu keluar?
Pada kebiasaannya haid keluar selama tiga hingga tujuh hari. Ada juga setengah wanita haidnya hanya sehari sehaja, manakala ada setengah wanita yang mengalami keluaran haid berpanjangan dan berterusan selama 15 hari. Setengah wanita mengalami keluaran lendir bercampur sedikit darah untuk beberapa hari sebelum keluar haid (Premenstrual staining) manakala ada setengah pula yang mengalami darah haid ‘berekor-ekor’ (Post-menstrual staining). Kedua keadaan tersebut munkin menandakan suatu keadaan hormon yang tidak seimbang atau mungkin terdapat penyakit dalam rahim. Perkara yang penting diketahui oleh setiap wanita ialah untuk menentukan apakah yang menjadi kebiasaannya. Jika jangka waktu haid menjadi lebih pendek atau lebih panjang dari kebiasaannya, ini adalah dianggap sebagai satu keadaan luar biasa atau penyakit. Katakan seseorang wanita itu keluar haid selama tujuh hari, tetapi secara tiba-tiba haidnya keluar selama 10 hari. Maka tiga hari yang terakhir ini bukanlah darah haid, tetapi darah penyakit.
Ada yang berpendapat keluaran darah haid selama 15 hari masih dianggap normal. Ini penting diketahui kerana seseorang wanita yang keluar darah, selain daripada haid, wajib bersembahyang dan menunaikan ibadat. Bagi wanita yang menggunakan kaedah pencegah hamil, mungkin terdapat sedikit perubahan dalam pusingan haidnya. Wanita yang menggunakan pil jangka waktu haidnya menjadi pendek dan aliran darah haid sangat berkurangan. Bagi mereka yang menggunakan alat dalam rahim IUD pula, haidnya menjadi lebih panjang dan aliran haidnya lebih banyak daripada biasa.
Berapa banyak darah pula yang keluar yang dikatakan normal?
Ini berbeza antara seseorang wanita dengan yang lain. Pada kebiasaannya pada hari pertama haid tidak keluar begitu banyak, haid bertambah pada hari kedua dan ketiga. Pada hari keempat mula berkurangan dan pada hari kelima hampir kering, pada hari keenam darah kering langsung.
Keluaran lendir bercampur sedikit darah berwarna coklat mungkin berlarutan selama beberapa hari. Haid dianggap
berhenti jika tidak ada lagi kesan darah merah yang keluar dari rahim. Purata darah yang keluar dalam jangka masa ini ialah dua hingga tiga auns (100mls). Penggunaan tuala yang tidak melebihi satu kotak boleh dianggap sebagai normal.

0 comments:
Post a Comment