Ilmuan Islam

PENGENALAN
Zaman kegemilangan Islam telah melahirkan ramai tokoh ilmuwan sains yang berkaliber tinggi seperti Jabir Al Hayyan yang merupakan pengasas dalam ilmu kimia, Al-Khwarizmi yang mahir dalam ilmu Matematik atau tokoh- tokoh ilmuwan yang lain. Ilmu sains adalah penting dalam dunia baru kita di mana kemahiran amat diperlukan dalam bidang ini. Malahan Al-Farabi sendiri menyifatkan ilmu sains sebagai suatu entiti yang penting dalam mencari ilmu. Tidak siapa boleh menafikan peranan Islam dan al-Quran dalam pencetusan setiap anjakan dan revolusi ketamadunan manusia dan kemajuan sains di muka bumi ini. Sama ada ia memang dihasil atau diterokai oleh seorang yang Muslim atau bukan, al-Quran tetap menjadi satu-satunya sumber yang mampu mencetuskan setiap penemuan atau hasil sesuatu carian. Kerana segala-gala yang mengenai urusan dunia dan isinya serta akhirat yang menjadi urusan-Nya telah termaktub dalam al-Quran sejak dulu, kini dan selama-lamanya.
Ilmu-ilmu yang terkandung dalam al-Quran sesuai untuk semua zaman dan tidak akan habis untuk dicedok, diteroka, dikaji dan direalisasikan bagi menangani segala permasalahan ummah sejagat. Ini terbukti apabila pelbagai penemuan asas dalam sains oleh ilmuwan Islam silam di era kegemilangan dan kemuncak ketamadunan Islam terus bercambah dan berkembang untuk keperluan ummah dunia.
Malah, apa juga kemajuan dan teknologi yang kita kecapi dan guna pakai hari ini bermula dengan inovasi ilmuwan Islam silam yang diadaptasi daripada hasil kajian dan pemahaman yang mendalam mereka terhadap isi kandungan al-Quran. Malangnya peranan dan penemuan besar para ilmuwan Islam itu dinafi dan ditenggelamkan oleh Barat lebih 200 tahun kemudian apabila Islam mengalami zaman kemalapan dan era ketamadunannya merudum.
Beberapa Ilmuan Islam:

AL-IDRISI
• Beliau bernama, Abu Abdullah Mohammed Ibn al-Sharif al-Idrisi.
• Dilahirkan pada tahun 1099 Masihi di Ceuta, Sepanyol.
• Meninggal dunia pada tahun 1166 masihi.
• Sumbangan utama;
i. menghasilkan bebola perak seberat 400 paun untuk Raja Roger II, lengkap dengan membahagikan dunia kepada 7 iklim, laluan perdagangan, teluk, tasik, sungai, bandar-bandar besar, bukit dan lembah serta gunung-ganang.2
ii. Beliau juga mencatatkan jarak dan ketinggian sesuatu tempat dengan tepat.
iii. Tokoh Geografi kurun ke-12 ini kemudiannya menghasilkan buku Nuzhah al Musytaq fi Ishtiraq al Afaq (Kenikmatan pada Keinginan Untuk Menjelajah Iklim) atau Roger's Book iaitu sebuah ensiklopedia geografi yang mengandungi peta dan informasi tentang negara Eropah, Afrika dan Asia. Mencatatkan perihal masyarakat, budaya, kerajaan dan cuaca negara-negara yang terdapat di dalam petanya.
iv. Beliau turut menggunakan semula garisan lintang dan garisan bujur yang diperkenalkan sebelumnya dalam peta yang dihasilkan. v. Beberapa abad lamanya, Eropah menggunakan peta Al Idrisi dan turut menggunakan hasil kerja ilmuwan ini ialah Christopher Columbus.

CHENG HO
• Cheng Ho (1405-1433) telah berjaya menakluki dunia melalui tujuh ekspedisi pelayaran ke Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Barat dari benua Asia sehinggalah ke Afrika serta berlabuh di 30 buah negara.
• Kejayaan tokoh ini membuktikan negara China mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang teknologi pembinaan kapal dan pelayaran.
• Pelayar kurun ke-15 Dinasti Ming, dijadikan sida-sida putera Zhu pada umur 13 tahun dan merupakan sida-sida pertama menjawat jawatan laksamana di China juga pegawai tertinggi tentera pertama beragama Islam.
• Cheng Ho merupakan pemimpin unggul mengetuai armada lebih 100 buah kapal bersama 27 ribu orang bawahan ke lautan barat mendahului Vasco Da Gama dan Christopher Colombus menemui laluan ke laut timur.
• Kisah hidup Cheng Ho adalah perjuangan mencari kesempurnaan hidup menerusi Islam. Perjuangan menyempurnakan kecacatan hidupnya yang dikasi dan terpaksa menghambakan diri kepada Maharaja. Malah dia tidak berpeluang mengembangkan zuriatnya.
• Namun Cheng Ho tidak berputus asa dengan suratan hidupnya kerana dia berpegang kuat kepada ajaran Islam dan dia bercita-cita menunaikan ibadah haji sebagai penyempurna kehidupan beragamanya.
• Bagi mencapai matlamat tersebut, beliau perlu membuktikan kesetiaannya kepada Maharaja.

IBNU KHALDUN

• Beliau bernama, Abu Said Abd Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun Al Hadrami Al Ishbili.
• Dilahirkan pada tahun 1332 di Tunis, Tunisia.
• Meninggal dunia pada tahun 1406 di Kaherah, Mesir.
• Sumbangan utama;
i. Kitab Muqaddimah yang merupakan satu pendekatan unik dan hasil karya yang terbaik dalam bidang kesusasteraan.
ii. Beliau dikenali sebagai pengasas ilmu sosiologi. Pengasas ilmu Sosiologi dan tokoh sejarawan kurun ke-14 ini melalui karya agungnya mencatatkan penemuan baru dalam fenomena sosial manusia yang disebabkan oleh hukum tertentu, mengaitkan perubahan sistem sosial antara masyarakat dengan faktor persekitaran seperti iklim, tanah, makanan, sumber galian, kemampuan berfikir, jiwa dan emosi mereka.
iii. Beliau membuat teori bahawa: purata usia sesebuah negara bertahan dalam tiga generasi dan usia satu generasi bertahan selama 40 tahun. Bermakna purata usia sebuah negara 120 tahun. Usia tiga generasi pula dibahagikan kepada empat tahap iaitu primitif, pemilikan, beradab dan kemakmuran serta yang terakhir tahap kelemahan, kerosakan akhlak dan kemunduran.

MIMAR SINAN
• Mimar Koca Sinan,Arkitek Terulung Sinan
• Dilahirkan pada tahun 1489 di Agirnaz, Turki.
• Meninggal dunia pada tahun 1588 di Istanbul, Turki.
• Kisah hidup Sinan memaparkan kegigihannya membangun kehidupan baru dalam sinar kebenaran.
• Berasal dari keluarga pengukir miskin yang beragama Kristian, Sinan bercita-cita untuk menyertai tentera elit kerajaan Uthmaniah setelah melihat kehebatan anggota tentera itu sewaktu memasuki kampungnya.
• Sumbangan tokoh ini;
i. Dalam bidang senibina.
ii. Tokoh yang digelar arkitek diraja ini telah berjaya membina sebanyak 360 binaan termasuk masjid, sekolah, muzium, istana, maka, jambatan dan pelbagai lagi dalam tempoh 50 tahun.
iii. Dalam pembinaan jambatan sewaktu kempen ketenteraan Uthmaniah telah merubah kehidupannya apabila dia dilantik sebagai Arkitek Diraja dan diberi segala bentuk kemewahan.
iv. Namun sinar kebenaran agama suci yang dianuti membendung dirinya daripada bersikap bongkak dan angkuh menerusi senibinanya.

IBNU AL-BAITHAR
• Beliau bernama, Abu Muhammad 'Abd Allah Ibn Ahmad Al-Maliqi Al-Nabati atau Ibn Baitar.
• Dilahirkan di Benalmadena, Malaga, Sepanyol pada tahun 1197 masihi.
• Meninggal dunia di Damascus, Syria pada tahun 1248 masihi.
• Sumbangan utama;
i. Menghasilkan ensaiklopedia mengenai tumbuhan perubatan.
ii. Al Jami' fil Adawiyyah al Mafradah (Penyediaan Ringkas Ubat dan Makanan)
mengandungi cara-cara penyediaan ubat berasaskan tumbuhan dan disusun mengikut urutan abjad.
iii. Ibn Baitar turut menyenaraikan 200 tumbuhan yang tidak dikenali sebelumnya .
iv. Pendekatan beliau menjadi asas kepada kaedah mengklasifikasikan jenis tumbuh-tumbuhan yang diamalkan sehingga kini.

IBNU SINA
• Ensiklopedia Perubatan Al Qanun Fit Tibb karangan Ibnu Sina sehingga penghujung abad ke 15 masih diulang cetak dalam 15 edisi Latin dan menjadi buku rujukan asas di universiti-universiti di Eropah lebih lama dari mana-mana buku perubatan yang ditulis oleh pakar perubatan.
• Beliau bermula daripada keinginan untuk menyelami rahsia Al-Quran yang menyebut tentang apa yang terkandung dalam tubuh manusia. "Dalam jasad manusia ada seketul daging, jika rosak daging itu, rosaklah seluruh anggota badan; jika baik daging itu, baiklah seluruh badan; daging itu adalah "Kalbu."
• Kebanyakan ulama Usuluddin mentafsirkan "Kalbu" itu adalah hati dan hati ini dikaitkan dengan "penyakit hati" seperti hasad dan dengki. Tetapi Ibnu Sina melangkah setapak mentafsirkannya dari sudut fizikal manusia.
• Bagi Ibnu Sina, melihat "Kalbu" itu sebagai "Jantung" kerana kesihatan jantung mempengaruhi seluruh badan manusia. Jantung ini pula dipengaruhi oleh gaya pemakanan manusia

ABU AL-KASEEM AL-ZAHRAWI
• Beliau telah melakarkan gambar peralatan pembedahan dilengkapi dengan keterangan dalam bentuk ensiklopedia yang terawal dalam sejarah perubatan moden.
• Beliau juga telah mengklasifikasikan 325 jenis penyakit dengan keterangan mengenai simptom dan cara pengubatannya.
• Abu Al-Kaseem merupakan tokoh pertama mencatatkan penyakit haemophilia atau penyakit darah membeku.
• Ensiklopedianya telah diterjemahkan dalam bahasa Latin pada tahun 1114 dan versi Oxford pada tahun 1778.

AL-JAZARI
• Kitab fi Ma'rifat Al-Hiyal Al Handasiya (The Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices) oleh Al-Jazari menjadi asas kepada peralihan penggunaan alat tradisional kepada mesin yang tidak lagi bergantung kepada penggunaan gunatenaga manusia dan binatang.
• Beliau menjelaskan 50 peralatan mekanikal dalam 6 kategori. Antaranya:
i. Jam air
ii. Alat pembasuh kain (mesin wadu)
iii. Roda pengangkut air
Eropah hanya menerima teknologi ini melalui Syria dan Kerajaan Islam Sepanyol.

AL-KHWARIZMI

• Al-Khwarizmi merupakan pengasas ilmu Algebra/Algorithm. Istilah "Algebra" berasal dari nama bukunya "Aljabar". Istilah "Algorithm" pula berasal dari namanya Al-Khwarizmi.
• Beliau mengasaskan penggunaan "0" (zero) dalam nombor perkiraan. Inilah asas kepada sistem perpuluhan.
• Beliau juga telah mencetuskan revolusi dalam Matematik yang mengaplikasikan pengunaan campur, tolak dan kali lebih cekap dari kaedah huruf Roman. Tanpa kaedah Algebra, ilmu Matematik moden tidak mungkin wujud.
• Buku Algebranya menjadi rujukan di Universiti Eropah sejak abad ke 12. Huruf moden hari ini berasal dari huruf Arab/India.
• Setengah pihak menggelarnya pengasas kepada komputer sains.
• Beliau juga turut memperbetulkan teori geografi Ptolemy.
• Katanya, "Tujuan saya memajukan ilmu Hisab adalah semata-mata kewajipan agama bagi memudahkan semua urusan Feqah yang memerlukan perkiraan seperti jual beli, faraid, zakat, menentukan qiblat dan jarak bermusafir untuk bersolat".

IBNU AL-NAFIS

• Ibnu Al-Nafis merupakan sarjana pertama yang berjaya menjelaskan bahawa darah dibersihkan di dalam paru-paru di mana ia disuling tatkala bertemu dengan udara yang disedut dari luar.
• Ibnu Al-Nafis telah menemui sistem edaran darah dalam tubuh manusia.
• Beliau juga merupakan sarjana pertama yang melakar dan menjelaskan mengenai prinsip asas peredaran darah dalam paru-paru.
• Beliau mendahului Sir William Harvey dari Kent, England 300 tahun.
• Beliau juga merupakan sarjana pertama menyedari kesilapan teori Galen zaman Greek tentang "Saluran yang hilang di antara dua saluran darah ke paru-paru."

JABIR HAYYAN
• Abu Musa Jabir Ibn Hayyan (721-815 H), ilmuwan Muslim pertama yang menemukan dan mengenalkan disiplin ilmu kimia.
• Lahir di pusat peradaban Islam klasik, Kuffah (Irak), ilmuwan Muslim ini lebih dikenal dengan nama Ibnu Hayyan, dan di Barat disebut dengan nama Ibnu Geber.
• Ayahnya, seorang penjual ubat, meninggal sebagai 'syuhada' demi penyebaran ajaran Syi'ah.
• Jabir kecil menerima pendidikannya dari imam terkenal, Imam Ja'far Shadiq as.
• Beliau juga pernah berguru pada Barmaki Vizier pada masa kekhalifahan Abbasiyah pimpinan Harun Al Rasyid.
• Sumbangan beliau;
i. Berkat penemuannya ini pula, Jabir dikenali sebagai Bapak Kimia Moden. Dalam kariernya, beliau pernah bekerja di laboratorium dekat Bawwabah di Damaskus.
ii. Jabir mendasari eksperimennya secara kuantitatif dan instrumen yang dibuatnya sendiri, menggunakan bahan berasal dari logam, tumbuhan, dan haiwan.
iii. Dari Damaskus beliau kembali ke Kota kelahirannya, Kuffah. Setelah 200 tahun kewafatannya, ketika penggalian tanah dilakukan untuk pembuatan jalan,
makmalnya yang telah musnah telah ditemui. Di dalamnya didapati peralatan kimianya yang hingga kini masih sempurna, dan sebatang emas yang cukup berat.
iv. Jabir Hayyan merupakan pengasas kaedah penghabluran, penyulingan, pemejalwapan dan penyejatan serta mencipta peralatan bagi tujuan tersebut.
v. Menerusi proses penyulingannya dia telah menghasilkan asid nitrik, satu dari asid penting dalam industri kimia hari ini.
vi. Catatan kimianya telah diterjemah ke dalam bahasa Latin dan Eropah serta mempengaruhi perkembangan kimia moden.
vii. Banyak istilah kimia Jabir kekal digunakan di Eropah seperti alkali, antimony, alembic (anbique), eludel, alchemy dan lain-lain.
viii. Seluruh karya Jabir ibnu Hayyan lebih dari 500 studi kimia, tetapi hanya beberapa yang sampai pada zaman Renaissance. Di antara bukunya yang terkenal adalah Al Hikmah Al Falsafiyah yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin berjudul Summa Perfectionis.
ix. Idea-idea eksperimen Jabir itu sekarang lebih dikenal/dipakai sebagai dasar untuk mengklasifikasikan unsur-unsur kimia, terutamanya pada bahan metal, nonmetal dan penguraian zat kimia.
x. Dalam bidang ini, ia merumuskan tiga jenis berbeza dari zat kimia berdasarkan unsur-unsurnya:
  1. Air (spirits), yakni yang mempengaruhi penguapan pada proses pemanasan, seperti pada bahan campur, arsenik dan amonium klorida.
  2. Metal, seperti pada emas, perak, timah, tembaga, besi
  3. Bahan campuran, yang dapat ditukarkan menjadi semacam habuk
• Di abad pertengahan risalah-risalah Jabir di bidang ilmu kimia termasuk kitabnya yang masyhur, yakni Kitab Al-Kimya dan Kitab Al-Sab'een, telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.
• Terjemahan Kitab Al-Kimya bahkan telah diterbitkan oleh ilmuwan Inggeris, Robert Chester tahun 1444, dengan judul ‘The Book of the Composition of Alchemy’.
• Buku kedua (Kitab Al-Sab'een), diterjemahkan juga oleh Gerard Cremona.
• Berikutnya di tahun 1678, seorang Inggeris lainnya, Richard Russel, mengalihbahasakan karya Jabir yang lain dengan judul ‘Summa of Perfection’.
• Berbeza dengan pengarang sebelumnya, Richard yang pertama kali menyebut Jabir dengan sebutan Geber, dan memuji Jabir sebagai seorang pangeran Arab dan falsafah.
• Buku ini kemudian menjadi sangat popular di Eropah selama beberapa abad lamanya. Dan telah memberi pengaruh pada evolusi ilmu kimia moden.
• Karya lainnya yang telah diterbitkan adalah; Kitab al Rahmah, Kitab al Tajmi, Al Zilaq al Sharqi, Book of The Kingdom, Book of Eastern Mercury, dan Book of Balance (ketiga buku terakhir diterjemahkan oleh Berthelot). "Di dalamnya kita menemukan pandangan yang sangat mendalam mengenai ilmu kimia," tulis George Sarton.

JAMALUDDIN AL-AFGHANI
• Sayyid Jamaluddin Al-Afghani (1838/9-1897) merupakan salah satu tokoh yang pertama kali menyatakan kembali tradisi Muslim dengan cara yang sesuai untuk menjawab berbagai masalh penting yang muncul akibat Barat semakin mengusik Timur Tengah di abad ke19.
• Sebagai modenis Islam pertama, yang pengaruhnya dirasakan di beberapa negara, Afghani memicu kecenderungan menolak tradisionalisme murni dan westernisme murni.
• Dalam hidupnya dia mempromosikan berbagai sudut pandang yang sering bertentangan. Dan pikirannya juga memiliki afinitas dengan berbagai kecenderungan di dunia Muslim.
• Ini meliputi liberalisme Islam yang diserukan khususnya oleh Muhammad 'Abduh, orang Mesir yang menjadi muridnya.
• Pada masa mudanya beliau dididik di Iran, dan juga di kota-kota suci Syi'ah di Iraq.
• Beliau piawai dalam filsafat Islam dan juga dalam Syi'ah mazhab Syaikhi, yang merupakan ragam Syi'ah yang sangat filosofis pada abad ke18 dan ke19..
• Ketika Afghani ke Istanbul, pada tahun 1869-1870, dia mengemukakan gagasan yang bersal dari filosof Islam. Dan ketika ke Mesir pada 1870-an, dia mengajar murid-murid mudanya terutama tentang filosof-filosof Iran ini.
• Perjalanan yang panjang dalam hidup Afghani dilalui dengan berdakwah di banyak negara.
• Pada usia yang masih muda, sekitar 20 tahun, Afghani sudah pergi ke India dan berjuang untuk mengusir pemerintahan Ingeris dari bumi Muslim di India.
• Setelah tinggal di India, Afghani pergi haji ke Makkah, lalu ke kota-kota suci Syiah, dan kemudian ke Afghanistan melawat Iran.
• Perjuangannya yang anti Inggeris ini menyebabkan Afghani harus keluar dari Afghanistan pada Desember 1868, lalu ke Istanbul pada 1869.
• Pada 1870, Afghani diangkat menjadi menjadi Dewan Pendidikan Utsmaniah rasmi.
• Kerana ikatannya dengan berbagai ahli pendidikan terkemuka, dia diundang untuk menyampaikan kuliah umum. Namun kuliah umum ini menimbulkan reaksi yang keras dari para ulama, kerana dianggap menyimpang dari agama.
• Akibatnya Afghani diusir dari Istanbul.
• Setelah itu Afghani pergi ke Kairo. Di Kairo ini mendirikan Koran yang membahas isu-isupolitik.
• Seiring dengan perubahan kekuasaan di Mesir, di bawah Pemerintahan yang Pro Inggeris, Taufiq.
• Afghani akhirnya diusir dari Mesir kerana sikapnya yang anti Inggeris. Kemudian Afghani pergi ke Hyderabad di India Selatan. Dari India Afghani ke London, dan kemudian pada 1883 ke Paris.
• Di Paris Afghani bersama dengan Muhammad Abduh, mereka menerbitkan koran berbahasa Arab, Al-Urwah Al-Wutaqa yang mendapat subsidi dari para pengagum.
• Sebelum meninggal pada tahun 1987 di Iran, Afghani sempat juga pergi ke Rusia, Eropa dan Iraq.
• Afghani merupakan figur besar dalam dunia Muslim. Penekanannya bahawa Islam merupakan kekuatan yang sangat penting untuk menangkal Barat dan untuk meningkatkan solidaritas kaum Muslim, seruannya agar ada pembaruan dan perubahan di dalam sistem politik despotis yang berbendera Islam, serta serangannya terhadap mereka yang memihak imperialisme Barat atau yang memecah-belah umat Muslim, semuanya merupakan tema-tema yang diperjuangkannya.

MAHMUD SYALTUT
• Ungkapan syeikh Mahmud Syaltut itu memberikan pelajaran penting pada kita, khususnya dalam reliasi antara agama, bahawa pluralisme adalah suatu kemestian.
• Dilahirkan pada tahun 1893 di Desa Munyah, Bani Mansur Provinsi Buhairoh, Mesir.
• Sejak kecil Syaltut memperlihatkan kesungguhan dalam bertafaquh fid diin (belajar Islam).
• Keluarganya yang mementingkan ilmu pengetahuan dan taat beragama, serta hormat pada ulama, berperanan besar dalam membentuk keperibadiannya.
• Pendidikan Syaltut dimulai di kampung halamannya dengan menghafal Al-quran pada seorang ulama setempat.
• Pada tahun 1906, ketika usianya menjangkau 13 tahun, beliau mulai pendidikan formalnya dengan masuk Ma'had Al Iskandariah.
• Beliau mendapat Syahadah 'Alamiyah (setingkat ijazah S-1) pada tahun 1918.
• Pada 1919, Syaltut mengajar di almamaternya.
• Bersamaan itu pula terjadi gerakan revolusi rakyat Mesir melawan kolonial Inggris. Beliau ikut berjuang melalui ketajaman pena dan kepiawaian lisannya.
• Dari almamaternya Syaltut lalu pindah ke Al-Azhar.
• Selain sebagai pengajar, di institusi pendidikan tertua di dunia ini, beliau menjawat beberapa jabatan penting, mulai dari penilik pada sekolah-sekolah agama, wakil dekan Fakulti Syariah, pangawas umum lembaga penelitian dan kebudayaan Islam Al Azhar, wakil syeikh Azhar, sampai akhirnya pada tanggal 13 Oktober 1958 diangkat menjadi syeikh Azhar (pimpinan tertinggi Al-Azhar).
• Syeikh Mahmud Syaltut merupakan tokoh yang selalu menggeluti dunianya dengan aktiviti keagamaan, ilmu pengetahuan, kemasyarakatan dan juga perjuangan politik.
• Tidak mengherankan ketika masih muda, beliau sudah dikenal dan dianggap sebagai seorang ahli fikir besar, pembaharu masyarakat, penulis yang hebat, seorang khatib yang hebat dengan penyampaian bahasa yang mudah dipahami, argumentasi yang rasional dan pemikiran yang bijak.
• Hal ini dibuktikan ketika pada tahun 1937, Syaltut diutus Majlis Tertinggi Al Azhar untuk mengikuti muktamar tentang Alqanun al Dauli al Muqaran (Perbandingan Hukum Internasional) di Lahay, Belanda.
• Dalam muktamar itu, beliau sempat membentangkan pemikirannya, tentang revolusi syariah Islam yang mampu berdinamik dengan perkembangan zaman. Sontak, pandangannya ini mendapat sambutan peserta.
• Sepanjang hayatnya, Syaltut senantiasa mengarahkan hidupnya untuk kepentingan ilmupengetahuan dan syiar Islam.
• Darinya terpancar sosok seorang sufi yang soleh, dan cerdik yang bijak.
• Beliau bagaikan angin taufan yang tak pernah berhenti memperjuangkan kebenaran sampai dirasakan nilai-nilai keadilan oleh semua manusia.
• Sebagai seorang faqih, semangat berijtihad dan jihad selalu menyatu dalam dirinya..
Pemikiran dan karyanya
Syaltut dikenal sebagai tokoh dan cendekiawan yang memiliki ciri-ciri seorang mujtahid dan mujaddid dengan pemikiran Islam moderat dan fleksibel. Itu dapat dilihat terutama dalam pandangannya mengenai realisasi antara agama, hukum Islam, pluralisme, dan ragam aliran pemikiran dalam Islam.
Dalam masalah kebebasan beragama misalnya, Syaltut melihat bahawa hal itu sesuatu yang mesti dan dijamin dalam Islam. ‘Manusia mempunyai kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya’,katanya.
Dalam mengkaji sesuatu masalah, beliau selalu menggunakan pendekatan naql dan aql. Hal demikian lalu dengan penajaman pandangannya, dan menimbang apa yang dikemukakan oleh ulama-ulama sebelumnya untuk kemudian ia pertimbangkan menjadi suatu keputusan hukum.
Fatwanya yang dianggap paling kontroversial adalah tentang halalnya menaruh harta di bank dan diperbolehkannya pembatasan keturunan (KB). Setidaknya, hal itu dapat ditemui dalam kitab "Al Fatawa".
Syaltut mencuba merumuskan suatu konsep yang memudahkan umat Islam. Formulasi itu secara ringkas dapat dijelaskan dalam pandangannya, bahawa Islam sebagai sebuah ajaran tidak pernah tertinggal oleh zaman Baginya, Islam adalah syariah dan akidah yang kerana manusia akan menemukan kedamaian dan kesejahteraan hidup.
"Islam memberikan tempat yang luas sekali kepada kita untuk menterjemahkannya bukan dalam konteks ideologis semata-mata, tetapi juga sebuah nilai hidup. Islam memberikan kebebasan berpikir manusia untuk memahami agamanya sedalam-dalamnya dan seluas-luasnya," ujarnya dalam Islam Aqidah wa Syariah.
Dalam kaitan pemikiran keyakinan, Syaltut melihat bahawa akidah Islam adalah keimanan, baik iman kepada adanya Pencipta mahupun terhadap apa yang akan diciptakan oleh Pencipta. Kalimat syahadat, adalah bentuk perjanjian keimanan manusia dan pernyataan ideologis manusia kepada Tuhannya yang satu dan Muhammad sebagaiutusanNya. Dengan syahadat ini, akan membuka hati dan pikiran manusia untuk memahami Islam lebih dalam dan luas.
Untuk mencari kebenaran Tuhan, menurut Syaltut, manusia harus menyedari bahawa ada sesuatu yang harus diketahuinya, dan ada sesuatu yang diketahuinya dan memang harus diamalkannya. Syaltut menjelaskan, untuk memperoleh kebenaran itu manusia harus melalui pendekatan rasional dan irasional.
Syaltut menegaskan, walaupun banyak terjadi perbezaan pendapat dalam memahami akidah, namun ada tiga perkara yang harus dibatasi dalam upaya menyikapi perbedaan itu:
Pertama, bahawa dalam memahami akidah dan proses pencarian kebenaran Tuhan itu, kita harus menggunakan dalil yang qath'i.
Kedua, pemahaman akidah yang berangkat dari dalil yang tidak qath'i pada akhirnya menimbulkan perbezaan-perbezaan pendapat, tidaklah dapat dikatakan sebagai konklusi dari akidah yang benar, dan pendapat satu kelompok tertentu bukanlah merupakan pendapat yang paling benar dengan menafikan kebenaran kelompok
lain.
Ketiga, apa yang terdapat dalam buku-buku tauhid tidaklah dapat disebut bahwa masalah akidah yang diwajibkan oleh Tuhan kepada kita untuk mengetahuinya telah terangkum dalam kitab tersebut. Kitab-kitab itu hanya merupakan karya-karya ilmiah yang mungkin bisa berbeda dengan apa yang terdapat dalam nash-nash syar'i, dan karena itu, merupakan lapangan ijtihad para ulama.
Dalam kaitan ini, lanjut Syaltut, "syariah dan akidah merupakan satu sistem yang tidak dapat dipisahkan". Akidah merupakan dasar yang mendorong manusia untuk menjalankan syariah Tuhan, dan syariah adalah refleksi panggilan hati manusia yang berakidah. Karena itu manusia yang berakidah tanpa menjalankan syariah Tuhan, atau manusia yang menjalankan syariah Tuhan tetapi tanpa memiliki akidah tidak dianggap seorang Muslim, juga tidak dihukumi Islam.
Berkaitan dengan perbedaan pendapat, Syaltut menilai, hal itu sebagai sesuatu yang wajar. Perbedaan pendapat, jelasnya, disebabkan oleh metodologi yang berbeda pada seorang mujtahid dalam memahami nash-nash syar'i, juga cara pandang yang berbeda dalam melihat sebuah masalah, sehingga hasil ijtihadnya pun berbeda.
Selain itu, kerana antara satu madzhab dengan madzhab lainnya dalam memahami nash-nash syar'i, khususnya kalangan Sunni dan Syiah berbeda pandangan, Syaltut melontarkan gagasan jalan tengah yang dikenal sebagai "Taqrib al Madzahib", (rekonsiliasi antar-madzhab). Ertinya, kita berusaha mempersatukan visi dan persepsi pemahaman keagamaan tanpa melihat simbol-simbol aliran yang kita yakini, dan dengan meminimalisir fanatisme madzhab yang selama ini membekas dalam perilaku keagamaan.
Gagasan ini bukan bererti kita harus menghilangkan dan menghapuskan pluralisme madzhab yang ada, atau menyatukan antara satu madzhab dengan madzhab lainnya, tetapi diarahkan untuk mengurangi sekat-sekat keagamaan yang telah menyejarah dan membersihkannya dari unsur-unsur fanatisme aliran, sehingga umat Islam bisa menyamakan barisannya, dan menghimpun kekuatannya dalam satu kekuatan besar tanpa melihat madzhab yang diyakininya.
Pada tahun 2000 lalu, dalam rangka peringatan 50 tahun berdirinya lembaga tersebut, diselenggarakan konferensi selama tiga hari di Teheran, Iran tentang perdamaian dan rekonsiliasi antara madzhab.
Bagaimanapun, syeikh Mahmud Syaltut, dengan gagasan-gagasannya telah mengajarkan kita bagaimana memahami Islam secara kaffah dan diamalkan dengan mudah, bukan berangkat dari pemaksaan, tetapi berangkat dari semangat kemanusiaan, ketuhanan, dan semangat ketaatan pengabdian manusia sebagai khalifah Tuhan. Sikap keberagamaan manusia, baginya harus dimanifestasikan dalam bentuk yang dinamis, fleksibel dan dewasa, sehingga Islam sebagai rahmatan lil 'alamin dan sholih likulli zamanin wa makanin benar-benar mewarnai dalam semua tatanan kehidupan manusia.
Pengabdian panjang itu berakhir pada 1963, ketika Khalik memanggilnya untuk selamanya. Di antara karya monumentalnya adalah, Islam Aqidah wa Syariah; Tafsir Alquranul Karim, dan Fatawa Al Muashirah.

MUHAMMAD BAQIR ASH-SHADR
• Muhammad Baqir Ash-Shadr adalah dari tokoh-tokoh Islam yang mampu berbicara dengan fasihnya pemikiran-pemikiran Barat.
• Muhammad Baqir As-Sayyid Haidar Ibn Ismail Ash-Shadr, seorang sarjana, ulama, guru dan tokoh politik, lahir di Kazimain, Baghdad, Iraq pada 25 DzulQaedah 1353H/1 Maret 1935 M dari keluarga beragama.
• Pada usia empat tahun, Muhammad Baqir Ash-Shadr kehilangan ayahnya, dan kemudian diasuh oleh ibunya yang kuat beragama dan abangnya, Ismail, yang juga seorang mujtahid kenamaan di Iraq.
• Muhammad Baqir Ash-Shadr menunjukkan tanda-tanda kecerdikan sejak usia kanakkanak.
• Pada usia sepuluh tahun, beliau berceramah tentang sejarah Islam, dan juga tentang beberapa aspek lain tentang kultur Islam.
• Beliau mampu menangkap isu-isu teologis yang sulit dan bahkan tanpa bantuan seorang guru pun.
• Ketika usia sebelas tahun, dia mengambil pelajaran logika, dan menulis sebuah buku yang mengkritik para falsafah.
• Pada usia tiga belas tahun, abangnya mengajarkan kepadanya Ushul ilm al-fiqh ( asas-asas ilmu tentang prinsip-prinsip hukum Islam yang terdiri atas Al-Quran, Hadis, Ijma dan Qiyas ).
• Pada usia sekitar enam belas tahun, dia pergi ke Najaf untuk menuntut pendidikan yang lebih baik dalam berbagai cabang ilmu-ilmu Islam.
• Selepas 4 tahun, dia menulis sebuah ensiklopedia tentang Ushul, Ghayat Al-Fikr fi Al- Ushul ( pemikiran puncak dalam Ushul ).
• Muhammad Baqir Ash-Shadr menjadi seorang mujtahid pada usia tiga puluh tahun. 14
• Kesan apalogi yang selama ini melekat pada pemikir Islam, beliau tepis dengan kejernihan dan kecerdasan pemikirannya.
• Beliau begitu akrab dengan karya-karya pemikir Islam klasik mahupun moden, tapi beliau juga paham pemikiran-pemikiran Barat yang berkembang.
• Sumbangan:
  1. Menulis sebuah ensiklopedia tentang Ushul, Ghayat Al-Fikr fi Al-Ushul (pemikiran puncak dalam Ushul ).
  2. Dalam karyanya yang terkenal iaitu Falsatuna dan Iqtishaduna ia dengan fasihnya mengutarakan kritik-kritik terhadap pemikiran Barat seperti Karl Marx, Descartes, John Locke dan lain-lain.
  3. Falsafatuna dan Iqtishaduna telah menbuatkan Muhammad Baqir Shadr sebagai teoritisi kebangkitan Islam terkemuka.
  4. Sistem falsafah dan ekonomi alternatif ini disempurnakan melalui masyarakat dan lembaga.
  5. Dalam Falsafatuna dan Iqtishaduna, Baqir Shadr ingin menyajikan kritik yang serius terhadap aliran marxisme dan kapitalisme.
  6. Buku ini baik dari segi sturuktur maupun metodologi, tidak diragukan lagi inilah sumbangan paling serius dan paling banyak disaluti di bidang ini.
• Sebagai salah seorang pemikir yang paling terkemuka, Muhammad Baqir Ash-Shadr melambangkan kebangkitan intelektual yang berlangsung di Najaf antara 1950-1980. Ciri lain yang mempengaruhi dari kebangkitan itu adalah dimensi politiknya, dan saling pengaruh antara apa yang terjadi di lorong gelap dan sekolah tinggi berdebu Najaf, dan Timur-Tengah pada umumnya.
• Peristiwa pengeksekusian Shadr bersama saudara perempuannya yang bernama Bint Al-Huda pada 8 April 1980, barangkali ini merupakan titik puncak tentangan terhadap Islam di Iraq.
• Dengan meninggalnya Shadr, Irak kehilangan aktivis Islamnya yang paling penting.Tapi kebenaran Shadr justeru setelah beliau dihukum gantung oleh pemerintahan Iraq.
• Reputasi Shadr semenjak itu diakui di berbagai kalangan masyarakat.
• Namanya telah melintasi Mediterania, ke Eropa dan Amerika Serikat.
• Pada 1984, Istishaduna diterjemahkan sebahagian ke dalam bahasa Jerman, disertai mukadimah panjang mengenal alim Syiah ini oleh seorang orientalis muda Jerman.

MUHAMMAD HUSAYN THABATHABA'I
• Darakah, sebuah desa kecil di sisi pegunungan dekat Teheran, di tempat inilah Allamah Thabathaba'i menghabiskan bulan-bulan musim panas, menyingkir dari panas Kota Qum, kediamannya.
• Di desa inilah Profesor Kenneth Morgan, seorang orientalis terkemuka berkunjung untuk memintanya menulis mengenai pandangan-pandangan Islam Syi'ah untuk masyarakat intelektual Barat.
• Dengan kemampuannya yang mampu dan penguasaannya pada ilmu-ilmu Islam tradisional serta pengenalannya terhadap pemikiran Barat menjadikan Allamah Thabathaba'i memang orang yang tepat untuk menulis hal tersebut.
• Di dalam dirinya terdapat kerendah hati dan kemampuan analisis intelektualnya bergabung.
• Dalam kelompok ulama tradisional Allamah Thabathaba'i memiliki kelebihan sebagai seorang Syaikh dalam bidang Syariat dan ilmu-ilmu esoteris, sekaligus seorang hakim (filosof atau, tepatnya, teosof Islam tradisonal) terkemuka.
• Allamah Thabathaba'i telah membuktikan segenap hidupnya untuk mengkaji agama. Sebuah dedikasi tinggi terhadap perkembangan ilmu-ilmu Islam dan ilmu pengetahuan pada umumnya.
• Allamah Sayyid Muhammad Husain Thabathaba'i dilahirkan di Tabriz pada tahun 1321H /1903 M, dari suatu keluarga keturunan Nabi Muhammad yang selama empat belas generasi telah menghasilkan ulama-ulama Islam terkemuka.
• Beliau memperoleh pendidikan di kota kediamannya, menguasai unsur-unsur bahasa Arab dan ilmu-ilmu agama, dan ketika usia dua puluh tahun berangkat ke Universiti Najaf untuk melanjutkan pelajarannya.
• Disana beliau mempelajari Syariat dan ushul al-fiqh dari dua diantara syaikhsyaikh terkemuka masa itu yaitu Mirza Muhammad Husain ini dan Syaikh Muhammad Husain Isfahani.
• Namun menjadi Mujtahid bukan tujuannya. Thabathaba'i lebih tertarik pada ilmuilmu aqliah, dan mempelajari dengan tekun seluruh dasar matematika tradisional dari Sayyid Abul Qasim Khwansari, dan filsafat Islam tradisional, termasuk naskah buku asy-Syifa karya Ibnu Sina dan al-Asfar karya Sadr al-Din Syirazi serta Tamhid al-Qawaid karya Ibnu Turkah dari Sayyid Husain Badkubai.
• Thabathaba'i juga mempelajari ilmu Hudhuri (ilmu-ilmu yang dipelajari langsung dari Allah SWT), atau ma’rifat, yang melaluinya pengetahuan menjelma menjadi penampakan hakikat-hakikat supernatural.
• Gurunya, Mirza Ali Qadhi, yang mulai membimbingnya ke arah rahsia-rahsia Ilahi dan mengajarnya dalam perjalananan menuju kesempurnaan spritual.
• Sebelum berjumpa dengan Syaikh ini, Thabathaba'i mengira telah benar-benar mengerti buku Fushulli al-Hikam karya Ibn Arabi.
• Namun ketika bertemu dengan Syaikh besar ini, beliau baru sedar bahawa sebenarnya beliau belum tahu apa-apa.
• Berkat Syaikh ini, bertahun-tahun di Najaf tidak hanya menjadi kurun pencapaian intelektual, melainkan juga kezuhudan dan praktis-praktis spritual yang memampukannya untuk mencapai keadaan realisasi spritual.
• Pada 1934 Allamah Thabathaba'i kembali ke Tabriz dan menghabiskan beberapa tahun yang sunyi di Kota itu, mengajar sejumlah kecil murid.
• Kejadian-kejadian pada Perang Dunia Kedua dan pendudukan Rusia atas Persialah yang membawa Allamah Thabathaba'i dari Tabriz ke Qum (1945).
• Pada waktu itu, dan seterusnya sampai sekarang, Qum merupakan pusat pengkajian keagamaan di Persia.
• Beliau mengajar tafsir Quran serta filsafat dan teosofi tradisional, yang selama bertahun-tahun sebelumnya tidak diajarkan di Qum.
• Sumbangan:
  1. Dengan demikian Allamah Thabathaba'i telah memberikan pengaruh yang amat besar, baik di dalam basis tradisional mahupun moden.
  2. Beliau telah mencuba untuk menciptakan suatu elite intelektual baru di kalangan kelompok masyarakat berpendidikan moden yang ingin menjadi akrab dengan intelektualitas Islam di samping dengan dunia moden.
  3. Banyak murid tradisionalnya yang termasuk kelompok ulama telah mencuba untuk mengikuti teladannya dalam upayanya yang amat penting ini.
  4. Beberapa muridnya seperti Sayyid Jalal al-Din Asytiyani dari Universiti Masyhad dan Murtadha Muthahhari dari Universiti Teheran juga dikenal sebagai sarjana yang mempunyai reputasi istimewa.
  5. Beliau mempunyai peribadi yang agung, yang telah mencurahkan segenap hidupnya untuk dedikasikan kepada kebenaran.
  6. Kecintaannya pada ilmu telah diterjemahkan dalam peribadi agung ini.
  7. Dia telah menjadi lambang dari suatu tradisi panjang kesarjanaan dan ilmu-ilmu tradisional Islam.
  8. Kehadirannya meniupkan suatu aroma dari peribadi yang telahmendapatkan sebuah Pengetahuan Ketuhanan.
  9. Beliau mencontohkan dalam keperibadiannya, kemuliaan, kerendahhatian dan kecintaannya pada kebenaran, yang selama berabad-abad telah terdapat dalam peribadi-peribadi Muslim sejati.
IBNU ARABY
• Ibnu 'Araby dikenal luas sebagai ulama besar yang banyak pengaruhnya dalam percaturan intelektualisme Islam.
• Beliau memiliki sisi kehidupan unik, filsuf besar, ahli tafsir paling teosofik, dan imam para filsuf sufi setelah Hujjatul Islam al-Ghazali.
• Lahir pada 17 Ramadhan 560 H/29 Juli 1165 M, di Kota Marsia, ibukota Andalusia Timur (kini Sepanyol).
• Ibnu 'Araby bernama Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Ali bin Abdullah bin Hatim.
• Beliau biasa dipanggil dengan nama Abu Bakr, Abu Muhammad dan Abu Abdullah. Namun gelarannya yang terkenal adalah Ibnu 'Araby Muhyiddin, dan al-Hatamy. Beliau juga mendapat gelar sebagai Syeikhul Akbar, dan Kibritul Ahmar.
• Dibesarkan di tengah-tengah keluarga sufi, ayahnya tergolong seorang ahli zuhud, sangat keras menentang hawa nafsu dan materialisme, menyandarkan kehidupannya kepada Tuhan. Sikap demikian kelak ditanamkan kuat pada anak-anaknya, tidak terkecuali Ibnu 'Araby.
• Sementara ibunya bernama Nurul Anshariyah.
• Pada 568 H keluarganya berpindah dari Marsia ke Isybilia.
• Perpindahan inilah menjadi awal sejarah yang mengubah kehidupan intelektualisme 'Araby kelak; terjadi transformasi pengetahuan dan keperibadian Ibnu 'Araby.
• Meskipun Ibnu 'Araby belajar pada banyak ulama, seperti Abu Bakr bin Muhammad bin Khalaf al-Lakhmy, Abul Qasim asy-Syarrath, dan Ahmad bin Abi Hamzah untuk pelajaran Al-quran dan Qira'ahnya, serta kepada Ali bin Muhammad ibnul Haq al-Isybili, Ibnu Zarqun al-Anshary dan Abdul Mun'im al-Khazrajy, untuk masalah fikih dan hadis madzhab Imam Malik dan Ibnu Hazm Adz-Dzahiry, Ibnu 'Araby sama sekali tidak bertaklid kepada mereka. Bahkan ia sendiri menolak keras taklid.
• Sumbangan:
  1. Ibnu 'Araby membangun metodologi original dalam menafsirkan Al-quran dan Sunnah yang berbeza dengan metodologi yang ditempuh para pendahulunya. Hampir seluruh penafsirannya diwarnai dengan penafsiran teosofik yang sangat cemerlang. "Kami menempuh metodologi pemahaman kalimat-kalimat yang ada itu dengan hati kosong dari kontemplasi pemikiran.
  2. Keperibadian sufi, intelektualisme filosofis, fikih dan sastra. Oleh sebab itu,beliau dikenal bukan saja sebagai ahli dan pakar ilmu-ilmu Islam, tetapi juga ahli dalam bidang astrologi dan kosmologi.
  3. Kami bermunajat dan dialog dengan Allah di atas hamparan adab, muraqabah,hudhur dan bersedia diri untuk menerima apa yang datang dari-Nya, sehingga Al-Haq benar-benar melimpahkan ajaran bagi kami untuk membuka tirai danhakikat... dan semoga Allah memberikan pengetahuan kepada kalian semua..."
ujar Ibnu 'Araby suatu kali
Jalan Tengah
Pada perjalanan intelektualismenya, Ibnu 'Araby akhirnya menempuh jalan halaqah sufi (tarekat) dari beberapa syeikhnya. Setidaknya, ini terlihat dari apa yang ditulis dalam salah satu karya monumennya Al-Futuhatul Makkiyah, yang penuh dengan permasalahan sufisme dari beberapa syeikh yang memiliki disiplin spiritual beragam. Pilihan ini juga yang membuat beliau tidak menyukai kehidupan duniawi, sebaliknya lebih memusatkan pada perhatian ukhrawi.
Beliau menemui para tokoh arif dan jujur untuk bertukar dan menimba ilmu dari ulama tersebut. Tidak mengherankan apabila dalam usia yang sangat muda, 20 tahun, Ibnu 'Araby telah menjadi sufi terkenal. Menurutnya, tarekat sufi dibangun di atas empat cabang, iaitu:
1. Bawa'its (instrumen yang membangkitkan jiwa spiritual)
2. Dawa'i (pilar pendorong ruhani jiwa)
3. Akhlaq
4. Hakikat-hakikat.
• Sementara komponen pendorongnya ada tiga hak:
1. Hak Allah, adalah hak untuk disembah oleh hamba-Nya dan tidak dimusyriki sedikitpun.
2. Hak hamba terhadap sesamanya, yakni hak untuk mencegah derita terhadap sesama, dan menciptakan kebajikan pada mereka.
3. Hak hamba terhadap diri sendiri, iaitu menempuh jalan (tarekat) yang di dalamnya kebahagiaan dan keselamatannya.
Keperibadian Ibnu 'Araby senatiasa naik dan naik ke wilayah yang luhur. Kuncinya senantiasa bertambah rindu, dan hatinya jernih semata hanya bagi al-Haq. Sementara rahsia batinnya bermukim menyertai-Nya, tak ada yang lain yang menyibukkan dirinya kecuali Tuhannya. Ibnu 'Araby menggunakan kenderaan mahabbah (kecintaan), bermadzhab ma'rifah, dan ber-wushul tauhid. Ubudiyah dan iman satu-satunya dalam pandangan 'Araby hanyalah kepada Allah Yang Esa dan Mahakuasa, Yang Suci dari pertemanan dan peranakan. Sementara hak sesama makhluk, beliau mengambil jalan taubat dan mujahadah jiwa, serta lari kepada-Nya. Beliau gelisah ketika kosong atas tindakan kebajikan yang diberikan Allah, sebagai jalan mahabbah dan mencari redha-Nya.
Kontroversial
Meski demikian, tak sedikit yang menilai pandangan-pandangan filsafat tasawuf Ibnu 'Araby, terutama kaum fuqaha' dan ahli hadis, sebagai sangat kontroversial. Misalnya, teorinya tentang Wahdatul Wujud yang dianggap condong pada pantheisme.
Salah satu sebabnya adalah lantaran dalam karya-karyanya itu Ibnu 'Araby banyak menggunakan bahasa-bahasa simbolik yang sulit khususnya kalangan awam. Kerananya, tidak sedikit yang mengganggap 'Araby telah kufur, misalnya Ibnu Taymiyah, dan beberapa pengikutnya yang menilainya sebagai 'kafir'.
Memang pada akhirnya, Ibnu Taimiyah menerima pandangan Ibnu 'Araby setelah bertemu dengan Taqyuddin Ibnu Athaillah as-Sakandari asy- Syadzily di sebuah masjid di Kairo, yang menjelaskan makna-makna metafora Ibnu 'Araby. "Kalau begitu yang sesat itu adalah pandangan pengikut Ibnu 'Araby yang tidak memahami makna sebenarnya," kata Ibnu Taimiyah.
• Sumbangan:
  1. Menurut penelitian para ulama dan orientalis, Ibnu Araby mempunyai lebih 560 kitab dalam berbagai disiplin ilmu keagamaan dan umum.
  2. Malah ada yang mengatakan, termasuk risalah-risalah kecilnya mencapai 2.000 judul.
  3. Kitab tafsirnya yang terkenal adalah Tafsir al-Kabir yang terdiri 90 jilid, dan ensiklopedia tentang penafsiran sufistik, yang paling masyhur,Futuhatul Makkiyah (8 jilid), serta Futuhatul Madaniyah.
  4. Sementara karya yang tergolong paling sulit dan penuh metafora adalah Fushushul Hikam.
  5. Dalam lentera karya dan pemikirannya itulah,beliau begitu kuat mewarnai dunia intelektualisme Islam universal.
IBNU RUSYD
• Dunia barat (Eropah) pantas berterima kasih pada Ibnu Rusyd. Sebabnya, melalui pemikiran dan karya-karyanyalah Eropah memiliki peradaban.
• "Suka atau tidak, filosofi Cordova dan mahagurunya, Ibnu Rusyd, telah menembus sampai ke Universitas Paris," tulis Ernest Barker dalam The Legacy of Islam.
• Dilahirkan pada 1126 M di Cordova (Spanyol--red), Ibnu Rusyd bernama lengkap Abul Walid Muhammad ibn Ahmad ibn Muhammad ibn Rusyd.
• Di Barat, ia dikenal sebagai Averrous.
• Keluarganya dikenal memberikan perhatian dan apresiasi besar pada ilmu pengetahuan dan tergolong masyhur di Kota Cordova.
• Rusyd minat pada mendalami ilmu dan menunjukkan bakat serta keccerdikannya yang luar biasa sejak masa kanak-kanaknya.
• Sementara, ayah dan kakaknya pernah menjadi ketua pengadilan di Andalusia. Bakat ini pula yang menurun kepada Rusyd, ketika beliau diamanahkan menjawat jawatan sebagai qadi (hakim) di Sevilla (Spanyol) dan sebagai qadi al-qudaad (hakim agung) di Cordova. Tak seperti anak-anak seusianya, masa kecil Rusyd dihabiskan untuk belajar berbagai disiplin ilmu: Alquran, tafsir, hadits, fiqih, serta mendalami ilmu-ilmu eksakta seperti matematika, astronomi, logika, filsafat dan kedoktoran.
• Ibnu Rusyd dikenal sebagai ahli berbagai ilmu pengetahuan. Sebagai qadi al-qudaad, ia dekat dengan para amir (penguasa) Dinasti Al Muwahhidun yang memerintah saat itu, khususnya dengan Abu Yusuf Yakqub al Mansur, amir dinasti ketiga Muwahhidun.
• Beberapa kalangan ulama yang tidak suka dengannya, kerana ajaran filsafatnya, berupaya menyingkirkan Rusyd dengan cara memfitnah bahawa dia telah menyebar ajaran filsafat yang menyimpang dari ajaran Islam.
• Atas tuduhan itu, Rusyd diasingkan ke suatu tempat bernama Lucena.
• Tak hanya itu, karya-karyanya menyangkut filsafat dibakar dan diharamkan mempelajarinya.
• Sejak saat itu, filsafat tak lagi mendapat tempat dan berkembang di dunia Islam.
• Namun, beberapa tahun kemudian, Amir Al Mansur memaafkan dan membebaskannya.
• Beliau lalu pergi ke Moroco dan menghabiskan sisa hidupnya di negeri tanduk Afrika Utara ini hingga wafatnya pada 1198 M.
Pemikiran Rusyd
Yang paling menonjol adalah aspek falsafatnya (estetika logika dan filsafat) yang terbentang di hampir setiap karyanya. Menurutnya, nilai filsafat dan logika itu sangat penting, khususnya dalam mentakwilkan dan menafsirkan Alquran sebagai kitab teks, yang selalu membutuhkan artikulasi makna dan perlu diberi interpretasi konseptual dan bukan artikulasi lafadz.
Islam sendiri, demikian Rusyd, tidak melarang orang berfilsafat, bahkan Al Kitab, dalam banyak ayatnya, memerintahkan umatnya untuk mempelajari filsafat. Menurut Rusyd, takwil (pentafsiran) dan interpretasi teks dibutuhkan untuk menghindari adanya pertentangan antara
pendapat akal dan filsafat serta teks Al-quran.
Beliau memaparkan, takwil yang dimaksud di sini adalah meninggalkan erti harfiah ayat dan mengambil erti majasinya (analogi). Hal ini pula yang dilakukan para ulama klasik zaman awal dan pertengahan.
Dalam kaitan kandungan Al-quran ini, Rusyd membagikan manusia kepada tiga kelompok: awam, pendebat, dan ahli fikir. Kepada ahli awam, kata Rusyd, Alquran tidak dapat ditakwilkan, kerana mereka hanya dapat memahami secara tertulis. Demikian juga kepada golongan pendebat, takwil sulit diterapkan. Takwil, secara tertulis dalam bentuk karya, hanya bisa diperuntukkan bagi kaum ahli fikir.
Dalam cara pandang itulah, kata Rusyd, takwil atas teks secara benar dapat dilakukan dan difahami oleh ahli fikir. Pemikiran Rusyd tersebut kemudian dikenal sebagai teori perpaduan agama dan filsafat. Sementara itu, menyangkut pemaknaan atas Quran, Rusyd berpendapat bahawa Al-quran memiliki makna batin di samping makna lahir.
Berkaitan dengan penciptaan alam, Rusyd yang menganut teori Kausalitas (hukum sebabakibat), berpendapat bahawa memahami alam harus dengan dalil-dalil tertentu agar dapat sampai kepada hakikat dan eksistensi alam.
Setidaknya ada tiga dalil untuk menjelaskan teori itu, kata Rusyd, iaitu:
Pertama, dalil inayah yakni dalil yang mengemukakan bahwa alam dan seluruh kejadianyang ada di dalamnya, seperti siang dan malam, matahari dan bulan, semuanya menunjukkan adanya penciptaan yang teratur dan rapi yang didasarkan atas ilmu dan kebijaksanaan. Dalil ini mendorong orang untuk melakukan penyelidikan dan penggalian yang terus menerus sesuai dengan pandangan akal fikirannya. Dalil ini pula yang akan membawa kepada pengetahuan yang benar sesuai dengan ketentuan Alquran.
Kedua, dalil ikhtira' yaitu asumsi yang menunjukkan bahwa penciptaan alam dan makhluk di dalamnya nampak jelas dalam gejala-gejala yang dimiliki makhluk hidup. Semakin tinggi tingkatan makhluk hidup itu, kata Rusyd, semakin tinggi pula berbagai macam kegiatan dan pekerjaannya.
Hal ini tidak terjadi secara kebetulan. Sebab, bila terjadi secara kebetulan, tentu saja tingkatan hidup tidak berbeda-beda. Ini menunjukkan adanya pencipta yang mengatur kehidupan. Dalil ini sesuai dengan syariat Islam, dimana banyak ayat yang menunjukkan perintah untuk memikirkan seluruh kejadian alam ini.
Ketiga, dalil gerak disebut juga dalil penggerak pertama yang diambil dari Aristoteles. Dalil tersebut mengungkapkan bahwa alam semesta bergerak dengan suatu gerakan yang abadi, dan gerakan ini mengandung adanya penggerak pertama yang tidak bergerak dan berbenda, yaitu Tuhan.
Menurut Rusyd, benda-benda langit beserta gerakannya dijadikan oleh Tuhan dari tiada dan bukan dalam zaman. Sebabnya, zaman tidak mungkin mendahului wujud perkara yang bergerak, selama zaman itu kita anggap sebagai ukuran gerakannya. Jadi gerakan menghendaki adanya penggerak pertama atau sesuatu sebab yang mengeluarkan dari tiada menjadi wujud. Rusyd yang juga dikenal sebagai 'pelanjut' aliran Aristoteles ini, menilai bahawa substansi yang lebih dahulu itulah yang memberikan wujud kepada substansi yang kemudian tanpa memerlukan kepada pemberi form (Tuhan) yang ada di luarnya. Menurut Rusyd, pembangkitan yang dimaksudkan kaum filsuf adalah pembangkitan ruhy, bukan jasmani. Pandangan ini berakar dari falsafah mereka tentang jiwa. Bagi Rusyd, juga kaum filosof lainnya, yang penting bagi manusia adalah jiwanya. Kebahagiaan dan ketenangan hakiki adalah kebahagiaan jiwa. Rusyd juga mengajari kita bagaimana membangun ‘rules of dialogue’, dalam kaitan memahami 'orang lain' di luar kita. Teorinya ini beliau dasarkan pada tiga prinsip epistemologis, iaitu:
Pertama, keharusan untuk memahami 'yang lain' dalam sistem referensinya sendiri. Dalam kasus ini, terlihat dari penerapan metode aksiomatik dalam menafsirkan diskursus filosofis ilmu-ilmu Yunani.
Kedua, dalam kaitan relasi kita dengan barat, adalah prinsip menciptakan kembali hubungan yang subur antara dua kutub dengan mengedepankan hak untuk berbeda. Ibnu Rusyd membela pendapat bahwa tidak ada kontradiksi antara kebenaran agama dan filsafat, tapi terjadi harmoni di antara keduanya. Harmoni tidak berarti sama dan identik. Karena itu, hak untuk berbeda harus dihargai.
Ketiga, mengembangkan sikap toleransi. Rusyd menolak cara-cara Al Ghazali menguliti para filosof tidak dengan tujuan mencari kebenaran. "Tujuan saya," kata Al Ghazali, "adalah mempertanyakan tesis mereka dan saya berhasil." Ibnu Rusyd menjawab, "Ini tidak sewajarnya dilakukan oleh orang terpelajar karena tujuan orang terpelajar tak lain adalah mencari kebenaran dan bukan menyebarkan karaguan."
Barat Terkagum Karya Rusyd
Pemikiran dan karya-karya Ibnu Rusdy sampai ke dunia Barat melalui Ernest Renan, seorang penulis dan sejarawan asal Perancis. Renan, penulis biografi Rusyd berjudul Averroes et j'averroisme mengatakan, filosof Rusyd telah menulis lebih dari 20 ribu halaman dalam berbagai disiplin ilmu.
Asperasi dunia Barat yang demikian besar terhadap karya Rusyd, kata Alfred Gillaume dalam "Warisan Islam", menjadikan Rusyd lebih menjadi milik Eropah daripada milik Timur. "Averroisme tetap merupakan faktor yang hidup dalam pemikiran Eropah sampai kelahiran ilmu pengetahuan eksperimental moden," tulis Gillaume. "Ibnu Rusyd adalah seorang rasionalis, dan menyatakan berhak menundukkan segala sesuatu kepada pertimbangan akal, kecuali digma-digma keimanan yang diwahyukan. Tetapi beliau bukanlah free thinker, atau seorang tak beriman," tulis Phillip K Hitti.
Sumbangan:
  1. Tahaafutut Tahaafut
  2. Kitab fil Kulliyat fi at Tibb (kaedah-kaedah umum dalam ilmu kedoktoran) yang telah diterjemahkan ke bahasa latin dan menjadi rujukan penting kedoktoran
  3. Bidayatul Mujtahid wa Nihayatul Muqtashid (Kitab permulaan bagi mujtahid dan akhir makna/maksud)
  4. Kitab Fashl al Maqal fii ma Baina Syariah wa al Hilmah min al Ittisal, (menguraikan adanya keselarasan antara agama dan akal kerana keduanya adalah pemberian Tuhan) 24
  5. Al Kasyf 'an Manahij al Adillah fi 'Aqaid al Millah (menyingkap masalah metodologi dan dalil-dalil kaum filsuf dalam keyakinan beragama).
ISMAIL RAJI AL-FARUQI
• Nama besarnya telah membelah perhatian dunia intelektualisme universal.
• Konsep dan teorinya tentang penggabungan ilmu pengetahuan telah mengilhami berdirinya berbagai aspek keilmuan, misalnya International Institute of Islamic Thougth(IIIT) di Amerika Serikat dan lembaga sejenis di Malaysia.
• Berkat beliau pula agenda besar 'Islamisasi ilmu pengetahuan' hingga kini tumbuh dan berkembang di berbagai Negara
• Ilmuwan Islam dan Barat ini dilahirkan di daerah Jaffa, Palestina, pada 1 Januari 1921.
• Al-Faruqi melalui pendidikan dasarnya di College des Freres, Lebanon sejak 1926 hingga 1936.
• Pendidikan tinggi beliau tempuh di The American University, di Beirut. Gelaran sarjana muda pun beliau mendapat pada tahun 1941.
• Lulus sarjana, beliau kembali ke tanah kelahirannya menjadi pegawai di pemerintahan Palestina, di bawah mandat Inggeris selama empat tahun, sebelum akhirnya diangkat menjadi gabenor Galilea yang terakhir.
• Namun pada 1947, mandat yang dipimpinnya jatuh ke tangan Israel, hingga beliau pun hijrah ke Amerika Syarikat.
• Di negeri Paman Sam itu hidupnya berubah. Dia dengan tekun mengamati dunia akademik.
• Di negeri ini pula, gelaran masternya di bidang filsafat beliau memperoleh dari Universiti Indiana, AS, pada 1949, dan gelaran master keduanya dari Universiti Harvard, dengan judul tesis On Justifying The God: Metaphysic and Epistemology of Value (Tentang Pembenaran Kebaikan: Metafisika dan Epistemologi Ilmu).
• Sementara gelaran doktornya diraih dari Universiti Indiana.
• Tidak hanya itu, Al-Faruqi juga memperdalamkan ilmu agama di Universiti Al Azhar, Kairo, Mesir selama empat tahun.
• Setelah belajar Islam di Kairo, Al Faruqi mulai hidup di dunia kampus dengan mengajar di Universitas McGill, Montreal, Kanada pada 1959 selama dua tahun.
• Pada 1962 Al Faruqi pindah ke Karachi, Pakistan, kerana terlibat kegiatan Central Institute for Islamic Research.
• Setahun kemudian, pada 1963, Al Faruqi kembali ke AS dan memberikan kuliah di Fakulti Agama Universiti Chicago, dan selanjutnya berpindah ke program pengkajian.
• Islam di Universiti Syracuse, New York. Pada tahun 1968,beliau berpindah ke Universiti Temple, Philadelphia, sebagai guru besar dan mendirikan Pusat Pengkajian Islam di institusi tersebut.
• Selain itu, beliau juga menjadi guru besar di pelbagai negara, seperti di Universiti Mindanao City, Filipina, dan di Universiti Qom, Iran.
• Beliau pula perancang utama kurikulum The American Islamic College Chicago.
• Al Faruqi mengabdikan ilmunya di kampus hingga akhir hayatnya, pada 27 Mei 1986, di Philadelphia.
Pemikiran
Ilmuwan yang ikut membidani berbagai kajian tentang Islam di berbagai negara Pakistan, India, Afrika Selatan, Malaysia, Mesir, Libya, dan Arab Saudi ini sangat terkenal dengan konsep
integrasi antara ilmu pengetahuan (umum) dan agama. Dalam keyakinan agamanya,ilmu dalam Islam asalnya dan bersumber pada nash-nash dasarnya, yakni Alquran dan Hadis. "Bukan seperti sekarang, saat dunia Barat maju dalam bidang ilmu pengetahuan, namun kemajuan itu sering dari ruh spiritualitas. Itu tak lain kerana adanya pemisahan dan antara ilmu pengetahuan dan agama," katanya.
Lebih dari 20 buku, dalam pelbagai bahasa, telah ditulisnya, dan tak kurang dari seratus artikel telah dipublikasikan. Di antara karyanya yang terpenting adalah: A Historical Atlas of the Religion of The World (Atlas Historis Agama Dunia), Trialogue of Abrahamic Faiths (Trilogi Agama-agama Abrahamis), The Cultural Atlas of Islam (Atlas Budaya Islam), Islam and Cultural
(keduanya telah di Indonesiakan).
Gagasan 'Islamisasi ilmu pengetahuan' tidak hanya beliau perjuangkan dalam bentuk buku, namun juga dalam institusi pengkajian Islam dengan mendirikan IIIT pada 1980, di Amerika Syarikat. Kini, lembaga berkualiti itu memiliki banyak cabang di berbagai negara, termasuk di Indonesia dan Malaysia. Namun pemikirannya juga menimbulkan pro-kontra di kalangan ilmuwan Muslim dan Barat.
Hal demikian tidak membuatnya putus asa dalam kritikan. Tak cukup dengan IIIT saja, beliau dirikan pula The Association of Muslim Social Scientist pada 1972. Kedua lembaga internasional yang didirikannya itu menerbitkan jurnal Amerika tentang Ilmu-ilmu Sosial Islam. Pemikirannya tentang Pan-Islamisme (Persatuan Negara-negara Islam) pun tidak kalah penting. Baginya, sistem khilafah (kekhalifahan Islam) adalah bentuk negara Islam yang paling sempurna. "Khilafah adalah prasyarat mutlak bagi tegaknya paradigma Islam di muka bumi.
Khilafah merupakan induk dari lembaga-lembaga lain dalam masyarakat. Tanpa itu, lembagalembaga lain akan kehilangan dasar pijaknya," tegasnya. Dengan terbentuknya khilafah, jelasnya, keagamaan tidak bererti akan lenyap. Dalam pandangannya, khilafah tetap bertanggungjawab melindungi keagamaan. Bahkan, khilafah wajib melindungi pemeluk agama lain, seperti Kristen, Yahudi dan sebagainya. "Tak ada paksaan dalam Islam," katanya.
Karyanya’A Historical Atlas of Religion of the World’, oleh banyak kalangan dipandang sebagai buku standed dalam bidang tersebut. Dalam karya-karyanya itulah, beliau selalu memaparkan pemikiran ilmiahnya untuk mencapai saling pengertian antara umat beragama, dan pemahaman intelektual terhadap agama-agama lain. Baginya, ilmu perbandingan agama berguna untuk membersihkan semua bentuk prasangka dan salah pengertian untuk membangun persahabatan antara sesama manusia.
Kerana itu pula, Al Faruqi berpendapat bahawa Islam tidak menentang Yahudi. Yang ditentang Islam adalah Zionisme. Antara keduanya (Yahudi dan Zionisme) terdapat perbezaan mendasar. Ketidakadilan dan kezaliman yang dilakukan Zionisme, menurutnya, begitu rumit dan amat kejam sehingga praktis tidak terdapat cara untuk menghentikannya tanpa suatu kekerasan perang. Dalam hal ini, negara zionis harus dihancurkan. Sebagai jalan keluarnya, orang-orang Yahudi diberi hak bermukim di mana saja mereka kehendaki, sebagai warga negara bebas. Mereka harus diterima dengan baik di negara Muslim. Lantaran pemikirannya inilah, kalangan Yahudi tidak senang dengannya. Nasib tragis pun menimpa diri dan keluarganya, ketika meletus serangan teroris di Eropah Barat, yang lalu mencetuskan pada kerusuhan di AS pada 1986. Gerakan anti-Arab serta semua yang berkacukan Arab dan Islam begitu marak dipelopori beberapa kalangan tertentu yang lama memendam perasaan tidak senang terhadap Islam dan warga Arab.
Dalam serangan oleh kelompok tak dikenal itulah, Al Faruqi dan isterinya, Dr Lois Lamya, serta keluarganya tewas. Untuk mengenang jasa-jasa, usaha, dan karyanya, organisasi masyarakat Islam Amerika Utara (ISNA) mengabadikan dengan mendirikan The Ismail and Lamya Al Faruqi Memorial Fund, yang bermaksud melanjutkan cita-cita 'Islamisasi ilmu pengetahuan

AL-KINDI
• Adalah Abu Yusuf Yaqub Ibnu Ishaq Ibnu As-Sabbah Ibnu 'Omran Ibnu Ismail Al- Kindi, atau yang lebih dikenal sebagai Al-Kindi yang melakukannya. Al-Kindi dilahirkan pada tahun 801-873 di Kufa, Arab.
• Pekerjaan awal: penerjemah, penulis kaligrafi
• Bidang yang dikuasai: filsafat, kedokteran, musik, astronomi, geografi, matematika, farmakologi, kriptografi.
• Karya: 205 buku, antara lain Geometri (32 buku), pengobatan dan filosofi (22 buku), logika (9 buku), fisika (12 buku).
• Selain dikenal sebagai salah satu filsuf kenamaan Islam,beliau juga menulis buku tentang kriptologi atau seni memecahkan kode. Dalam buku yang berjudul >Risalah fi Istikhraj al-Mu'amma (Manuscript for the Deciphering Cryptographic Messages) ini, beliau menuliskan naskah untuk menguraikan tentang kode-kode rahsia.
• Dalam buku ini, Al-Kindi memperkenalkan teknik penguraian kode atau sandi-sandi yang sulit dipecahkan. Beliau juga mengklasifikasikan sandi-sandi rahsia itu serta menjelaskan ilmu fonetik Arab dan sinopsisnya. Yang paling penting lagi, dalam bukunya ini beliau mengenalkan penggunaan beberapa teknik statistika untuk memecahkan kode-kode rahsia.
• Kitabnya mengenai kriptografi sangat terkenal mengingatkan dia adalah seorang yang pakar di bidang ilmu hitung/matematik. Di era ilmu ini, beliau menulis empat buku mengenai sistem penomboran dan menjadi dasar bagi aritmatik moden.
• Beliau juga memberi sumbangan besar dalam bidang geometri bola, bidang yang sangat mendukungnya dalam pembelajaran astronomi
• Sumbangannya dengan dunia ilmiah di pusat ilmu pengetahuan Islam pada zaman keemasan,Baghdad,beliau dilamar sebagai penulis kaligrafi di akademi paling populer saat itu, House of Wisdom. Bersama Al Khawarizmi dan Banu Musa bersaudara, beliau ditugaskan menerjemahkan karya-karya Yunani ke dalam bahasa Arab oleh khalifah Al Makmun.
• Beliau tidak banyak terlibat dalam penerjemahan langsung, kerana tugas sebenar beliau adalah mengedit. Al Kindi sangat mengagumi pemikiran-pemikiran filsuf Yunani-Romawi. Beliau sangat terilhami oleh filsuf besar dua Yunani, Socrates dan Aristoteles.
• Bekerja di bidang sandi-sandi rahsia dan pesan-pesan tersembunyi dalam naskahnaskah asli Yunani dan Romawi mempertajam nalurinya dalam bidang kriptoanalisa. Beliau menerbitkannya dalam sebuah majalah, yang setelah dibawa ke Barat beberapa abad sesudahnya diterjemahkan sebagai Manuscript on Deciphering Cryptographic Messages.
• Di dalamnya antara lain mengungkapkan: "Satu cara untuk memecahkan kode rahsia, jika kita tahu bahasanya, adalah dengan menemukan satu naskah asli yang berbeza dari bahasa yang sama, lalu kita hitung kejadian-kejadian pada tiap naskah.
• Teknik Al Kindi ini kemudian dikenal sebagai analisa frekuensi dalam kriptografi, iaitu cara paling sederhana untuk menghitung bahasa khusus dalam naskah asli, persentase huruf dalam kode rahasia, dan menggantikan simbol dengan huruf.
• Dalam dunia Islam dan dunia pada umumnya, Al-Kindi dikenal sebagai filsuf Arab kenamaan. Karya-karyanya yang luar biasa menempatkannya pada posisi tertinggi di bidang ilmu pengetahuan. Namun meski dikenal sebagai seorang filsuf kenamaan asal Dinasti Abassiyah, beliau juga menguasai berbagai cabang ilmu lainnya seperti kedoktoran, matematika, musik, astrologi, dan ilmu optik.

IBNU BAJJAH
• Umat Islam telah sampai ke tanah Sepanyol (Andalusia) semenjak zaman sahabat Rasul.
• Kedatangan mereka telah berhasil mempengaruhi kehidupan masyarakat di sana khususnya dalam bidang keilmuan.
• Sepanjang pemerintahan Islam di Sepanyol, telah lahir sejumlah cendekiawan dan sarjana dalam pelbagai bidang ilmu.
• Sebahagian mereka ialah ahli sains, matematik, astronomi, perubatan, filsafat, sastera, dan sebagainya. Abu Bakr Muhammad Ibn Yahya al-Saigh atau lebih terkenal sebagai Ibnu Bajjah adalah salah seorang diantara para cendekiawan Muslim tersebut.
• Dilahirkan di Saragossa tahun 1082 M, Ibnu Bajjah merupakan seorang sasterawan dan ahli bahasa yang unggul.
• Beliau pernah menjadi penyair bagi golongan al-Murabbitin yang dipimpin oleh Abu Bakr Ibrahim Ibn Tafalwit.
• Selain itu, Ibnu Bajjah juga ahli di bidang musik dan pemain gambus yang handal.
• Beliau juga seorang yang hafal Al-quran. Dalam waktu yang sama, Ibnu Bajjah amat terkenal dalam bidang pero-ubatan dan merupakan salah seorang doktor terkenal yang pernah dilahirkan di Andalusia.
• Kehebatannya pun turut terlihat dalam bidang politik sehingga beliau dilantik menjadi menteri semasa Abu Bakr Ibrahim berkuasa di Saragossa.
• Lebih menakjubkan lagi beliau dapat menguasai ilmu matematik, fisik, dan falak.
• Pada kesempatan itu beliau banyak menulis buku yang berkaitan dengan ilmu logika.
• Kemampuannya menguasai berbagai ilmu itu menjadikannya seorang sarjana teragung bahkan tiada bandingan di Andalusia dan barangkali di dunia Islam.
• Dalam bidang filsafat umpamanya, kemampuan Ibnu Bajjah setara dengan al-Farabi ataupun Aristoteles. Dalam bidang ini beliau mengemukakan gagasan filsafat ketuhanan yang menetapkan manusia boleh berhubungan dengan akal fa'al melalui perantaraan ilmu pengetahuan dan pembangunan potensi manusia.
• Menurut Ibnu Bajjah, manusia boleh mendekati Tuhan melalui amalan berfikir dan tidak semestinya melalui amalan tasawuf yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali.
• Dengan ilmu dan amalan berfikir, segala keutamaan dan perbuatan moral dapat diarahkan untuk memimpin serta menguasai jiwa.
• Berdasarkan pendapatnya, seseorang harus mengupayakan perjuangannya untuk berhubung dengan alam bersama-sama dengan masyarakatnya ataupun secara terpisah. Kalau masyarakat itu tidak baik maka seseorang itu harus menyepi dan menyendiri.
• Pandangan filsafat Ibnu Bajjah ini jelas dipengaruhi oleh idea-idea al-Farabi.
• Pemikiran filsafatnya ini dapat diikuti dalam Risalah al-Wida dan kitab Tadbir al- Muttawwahid yang secara umum merupakan pembelaan kepada karya-karya al-Farabi dan Ibn Sina kecuali bagian yang berkenaan dengan sistem menyepi dan menyendiri.
• Namun, ada sebagian pemikir mengatakan bahwa kitab tersebut sama dengan buku al- Madinah al'Fadhilah yang ditulis al-Farabi.
• Dalam buku itu, al-Farabi menjelaskan pandangan beliau mengenai politik dan falsafah. Semasa membicarakan tentang politik, al-Farabi telah mencadangkan supaya sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli filsafat diwujudkan.
• Satu persamaan yang ketara antara al-Farabi dengan Ibn Bajjah ialah kedua-duanya meletakkan ilmu mengatasi segala-galanya. Mereka hampir sependapat bahawa akal dan wahyu merupakan satu hakikat yang padu. Upaya untuk memisahkan kedua-duanya hanya akan melahirkan sebuah masyarakat dan negara yang pincang.
• Oleh sebab itu, akal dan wahyu harus menjadi dasar dan asas pembinaan sebuah negara serta masyarakat yang bahagia. Ibnu Bajjah berpendapat bahwa akal boleh menyebabkan manusia mengenali apa saja kewujudan benda atau Tuhan.
• Akal boleh mengenali dengan sendiri perkara-perkara tersebut tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur kerohanian melalui amalan tasawuf.
• Selain itu, Ibnu Bajjah juga telah menulis sebuah buku yang berjudul Al-Nafs yang membicarakan persoalan yang berkaitan dengan jiwa. Pembicaraan itu banyak dipengaruhi oleh gagasan pemikiran filsafat Yunani. Oleh sebab itulah, Ibnu Bajjah banyak membuat ulasan terhadap karya dan hasil tulisan Aristoteles, Galenos, al-Farabi, dan al-Razi.
• Minatnya dalam soal yang berkaitan dengan ketuhanan dan metafisika jauh mengatasi bidang ilmu lain meskipun beliau mahir dalam ilmu psikologi, politik, perubatan dan sebagainya.
• Sewaktu membicarakan ilmu logika, Ibnu Bajjah berpendapat bahawa sesuatu yang dianggap ada itu sama ada benar-benar ada atau tidak ada bergantung pada yang diyakini ada atau hanyalah suatu kemungkinan. Justeru apa yang diyakini itulah sebenarnya satu kebenaran dan sesuatu kemungkinan itu boleh jadi mungkin benar dan tidak benar.
• Kenyataannya, banyak perkara di dunia ini yang tidak dapat diuraikan menggunakan logika. Jadi, Ibnu Bajjah belajar ilmu-ilmu lain untuk membantunya memahaminya hal-hal berkaitan dengan metafisika.
• Ilmu sains dan fisika misalnya digunakan oleh Ibnu Bajjah untuk menguraikan persoalan benda dan rupa. Menurut Ibnu Bajjah, benda tidak mungkin terwujud tanpa rupa tetapi rupa tanpa benda mungkin wujud. Oleh sebab itu, kita boleh menggambarkan sesuatu dalam bentuk dan rupa yang berbeza-beza.
• Beliau telah lama menggunakan ungkapan manusia sebagai makhluk sosial, sebelum para sarjana Barat berbuat demikian.
• Begitu juga konsep masyarakat madani telah dibicarakan dalam tulisannya secara tidak langsung.
• Sesungguhnya Ibn Bajjah merupakan tokoh ilmuwan yang hebat.
• Namun kehebatannya inilah yang mengundang cemburu beberapa kalangan. Perasaan dengki dan cemburu ini menyebabkannya diracuni dan akhirnya meninggal dunia pada tahun 1138.
• Biarpun Ibn Bajjah telah wafat tetapi sumbangan dan pemikirannya telah meletakkan dasar yang kukuh bagi perkembangan ilmu dan filsafat di bumi Andalusia.

IBNU BATTUTA
• Beliau bernama Muhammad bin Abdullah bin Muhammad Al-Lawati Al-Tanji.
• Beliau digelar sebagai Ibnu Battuta atau As-Sham Ad-Din.
• Dilahirkan pada 24 Februari 1304 bersamaan Rejab 704 Hijrah di Bandar Tanjah, Morocco
• Wafat pada Tahun 779 Hijrah bersamaan 1372 Masihi.
• Sumbangan beliau : Pelopor pengembaraan yang menghasilkan buku karangan mengenai benua Asia dan Afrika berdasarkan pengalaman perjalanan sendiri
• Kebesaran Kerajaan Melayu bukan sahaja diakui dan diagungkan oleh bangsa Melayu semata-mata, malah seorang pengembara dari Arab, Ibnu Battuta.
• Didalam kitabnya,Tuhfat al-Nazhar beliau menyebut selama mengelilingi dunia hanya ada tujuh raja yang memiliki kelebihan luar biasa, iaitu Raja Iraq yang berbudi bahasa, Raja Hindustani sangat peramah, Raja Yaman berakhlak mulia, Raja Turki gagah perkasa, Raja Rom sangat pemaaf, Raja Turkistan bersifat tolak ansur dan Raja Melayu Malik Al-Zahir (Sumatra) yang berilmu pengetahuan luas dan mendalam.
• Pengembaraan Ibnu Battuta bermula ketika usianya 21 tahun.
• Beliau meninggalkan Tanjah pada hari Khamis, 14 Jun 1325 masihi.
• Pengembaraan beliau mengambil masa 38 tahun meliputi perjalanan sejauh 120,000 kilometer dan singgah di 44 negara di dua benua Afrika dan Asia.
• Beliau kembali semula ke Morocco semasa pemerintahan Sultan Abu 'Inan dan kisah pengembaraan beliau ditulis oleh Ibn Juza melalui bukunya Tuhfat al Anzhar fi Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa.
• Buku tersebut diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan diterbitkan dibanyak tempat.
• Kisah pengembaraan Ibnu Battuta terbahagi kepada tiga pusingan. Pusingan pertama bermula dari Tangier, Afrika Utara pada 13 Jun 1325 menuju Iskandariah sebelum meneruskan pengembaraan ke Dimyath dan Kaherah. Selanjutnya Ibnu Battuta merentasi bumi Palastin menuju Damsyik dan berjalan ke Ladzikiyah, seterusnya ke Aleppo.
• Dalam perjalanan berkenaan, Ibnu Battuta terlihat satu kafilah sedang menuju ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji lalu beliau bergabung dengan rombongan itu. Beliau menetap di Makkah selama 2 tahun.
• Ibnu Battuta meneruskan pengembaraannya ke Yaman melalui jalan laut dan melawat Aden, Mombosa, Timur Afrika dan menuju ke Kulwa. Beliau kembali ke Oman dan balik semula ke Mekkah untuk menunaikan Haji pada tahun 1332 masihi, melaui Hormuz, Siraf, Bahrin dan Yamama.
• Pada pusingan kedua pengembaraanya, Ibnu Battuta ke Syam dan Laut Hitam, Laut yang dihubungkan ke Laut Tengah oleh Selat Bosporus dan Laut Marmara serta Dardanela. Dari Laut Hitam, Ibnu Battuta meneruskan pengembaraannya ke Bulgaria, Rom, Rusia, Turki serta pelabuhan terpenting di Laut Hitam iaitu Odesia kemudian menyusuri sepanjang Sungai Danube.
• Ibnu Battuta kemudian belayar menyeberangi Laut Hitam ke Semenanjung Crimea di mana beliau mengunjungi Rusia Selatan dan seterusnya ke India. Di India beliau pernah dilantik menjadi kadi dan tinggal selama beberapa tahun dan berkhidmat dengan keluarga seorang sultan.
• Beliau melanjutkan pengembaraannya hingga ke Sri Langka, Indonesia dan Canton, ibu negara Hong Kong. Kemudian Ibnu Battuta mengembara pula ke Sumatera, Indonesia dan melanjutkan perjalanan melalui laut Amman sebelum meneruskan perjalanan darat ke Iran, Iraq, Palestin dan Mesir.
• Beliau kembali ke Makkah untuk menunaikan Ibadah Haji yang ke tujuh (terakhir) pada bulan November 1348 mesihi.
• Perjalanan beliau ketiga bermula pada 753 Hijrah dimana beliau sampai ke Mali di tengah Afrika Barat sebelum kembali semula ke Pas, Maghribi untuk mentafsir hasil pengembaraannya.
• Salah seorang penulis Dar Ifta' di Pas iaitu Mohad. Ibnu Juza telah menyunting buku beliau dan menyusun dengan gaya bahasa yang teratur. Ibn Juza mengambil masa selama 3 bulan untuk menyelesaikan tugasnya pada 9 Disember 1355 masihi.
• Setiap kali mengunjungi sesebuah negeri atau negara, Ibnu Battuta akan membuat catatan terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulamak serta kezaliman yang dilaksanakannya.
• Beliau turut menceritakan pengalamannya menempuh pelbagai cabaran seperti diserang penjahat, hampir lemas bersama kapal yang karam dan nyaris dihukum penggal oleh pemerintah yang zalim. Tetapi malangnya, pencapaian Ibnu Battuta yang luar biasa itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip catatannya dirampas dan di sembunyikan kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan negeri di benua Afrika.
• Manuskrip catatan beliau dipercayai disimpan di Bibliotheque Nationale, Paris, menyebabkan bangsa Arab sendiri tidak dapat menghargai pencapaiannya sebagai seorang pelayar Islam yang agung.
• Hakikatnya, Ibnu Battuta adalah perintis pengembaraan dunia yang berjaya menguasai benua Afrika dan Asia serta pengarang yang menghasilkan karya penting dalam dunia Islam

0 comments:

Post a Comment